Teori Sosial dan Kajian Etnik

Meneliti secara kritikal perdebatan dan wacana teoritikal dan konseptual dalam bidang kajian etnik dan seterusnya meneroka ruang baru yang merupakan tuntutan akademik terpenting.

Etnisiti dan Agama

Hubungan kompleks antara etnisiti dan agama perlu diperhati dan dianalisis secara serius dan berterusan untuk keperluan akademik dan dasar.

Etnisiti di Tempat Kerja

Peningkatan kemajmukan etnik dalam masyarakat di seluruh dunia akibat keperluan buruh yang global dan akibat peralihan demografi secara besar-besaran memerlukan penelitian serta analisis yang rapi untuk membina kefahaman impaknya terhadap pelbagai bentuk kegiatan sosio-eokonomi khususnya di tempat kerja

Etnisiti dan Konsumerisme

Gaya hidup berjuta manusia di seluruh dunia telah banyak berubah akibat globalisasi yang pula mewujudkan suatu corak kehidupan sosial yang homogen tetapi tersulam dalam acuan masyarakat yang bersifat heterogen (dari segi etnisiti, kelas dan agama) dan memerlukan penilitian yang rapi lagi berterusan. 

Kesenian dan Integrasi Sosial

Penting tetapi sering terpinggir. Sebagai fokus penyelidikan, kesenian telah memainkan peranan penting, biarpun secara senyap-senyap, dalam menggalakkan integrasi sosial di kalangan pelbagai bentuk masyarakat dan kepentingan. Justeru ia memerlukan perhatian makro dan mikro dari segi penyelidikan.

Etnisiti dan Makanan

Makanan merupakan suatu kuasa penanda utama dalam pembentukan budaya dan identiti dan sentiasa dikaitkan dengan asas kehidupan. Ia dilihat sebagai medium simbolik terhadap integrasi atau perbezaan di antara kepelbagaian etnik di Malaysia seterusnya memerlukan kajian empirikal dan konsepsual yang mendalam.