BM|ENG

Syarat Kemasukan

  1. Ijazah Sarjana Muda  dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM; atau

  2. Ijazah Sarjana Muda  dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.75 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman bekerja; atau

  3. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.50 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja.

  4. Keperluan Bahasa Melayu: Calon-calon dari luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu. Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu yang setara anjuran badan lain yang diperakui oleh senat dan lulus kursus itu. Dalam kes tertentu , senat boleh memberikan pengecualian syarat keperluan Bahasa Melayu sperti termaktub dalam Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

Syarat Bahasa Inggeris

  1. Bagi calon dari luar negara, keperluan bagi Bahasa Inggeris ialah lulus TOEFL (minimum 550) atau IELTS (minimum band 5).

  2. Calon warganegara Malaysia dikehendaki menulis tesis dalam Bahasa Malaysia. Kebenaran untuk menulis dalam Bahasa Inggeris perlu dipohon kepada  Jawatankuasa Siswazah KITA.

Mod Pengajian

    Program Sarjana Pengajian Etnik hanya ditawarkan dalam mod penyelidikan sahaja.

Tempoh Pengajian

Sepenuh Masa Separuh Masa
2-6 semester 4-8 semester

Yuran Pengajian

Kategori Malaysia Antarabangsa
Sepenuh Masa RM1335 RM3000
Separuh Masa RM1085 -

Yuran Pemeriksaan Tesis

Program Malaysia Antarabangsa
SARJANA RM1300 RM1300

Syarat Wajib Program

Keperluan Program
Sarjana Pengajian Etnik
Kursus Bahasa Melayu Untuk Calon Bukan Warganegara
Kursus Kaedah Penyelidikan RERE6014 - Kaedah Penyelidikan (Kajian Etnik)
Kursus Keperluan Institut (KITA)
  1. RERE6012 - Wacana Tentang Kajian Etnik; atau
  2. RERE6022 - Pemikiran Sosial Tentang Kajian Etnik
Pembentangan Penyelidikan di Kolokium Siswazah KITA
  1. Usulan Kajian
  2. Laporan
  3. Draf Akhir
Penerbitan

1 Makalah yang diterbitkan atau telah diterima untuk penerbitan dalam jurnal berindex ISI/SCOPUS atau jurnal tersohor dalam bidang.