DISKUS : Sangat klise kata negara ini gagal

Baru-baru ini, Senator Datuk Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Konsultatif Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) mengumumkan laporan penuh JKNMPP. Laporan itu menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang memuji 32 cadangan tersebut, ada juga tidak bersetuju.
 
Bagi Prof. Ulung, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, salah seorang Jawatankuasa Utama JKNMPP, reaksi sedemikian adalah normal kerana laporan itu adalah satu dokumen cadangan peraturan. Beliau yang ditemui di pejabatnya di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru berkata, beliau sendiri tidak sabar mahu mendengar cadangan itu dibahaskan di Parlimen oleh ahli-ahli politik negara.
 
"Dokumen ini tafsiran yang akan dicabar oleh orang UMNO, BN, pembangkang. Mereka mentafsir, contoh minimum sumbangan RM3,000 yang boleh ditafsir macam-macam. 
 
"Saya mahu menunggu perbahasan dalam Parlimen. Saya hendak dengar orang yang terlibat sendiri, orang yang kita hendak kawal berbincang. Apa yang akan mereka bincangkan, apa benda baru," katanya dalam wawancara bersama wartawan Ainul Asniera Ahsan, jurugambar Safwan Mansor dan jurukamera Jamieshah Jamil.
 

MALAYSIAGAZETTE: Gejala rasuah yang terbongkar satu per satu dalam agensi kerajaan dikaitkan dengan pengaruh politik di negara ini. Situasi ini menggerunkan rakyat sehingga menimbulkan persepsi bahawa Malaysia menuju ke arah sebuah negara gagal (failed state). Apa komen Prof?

PROF DR. SHAMSUL AMRI: Negara tidak boleh gagal tetapi kegagalan disebabkan oleh kegagalan dalam peraturan dalam perundangan atau undang-undang yang mendokongi rakyat gagal, persempadanan gagal. Saya tidak rasa semua ini gagal. Itu sangat klise kalau orang kata  negara ini gagal. Sebenar kepemerintahan (governance)Governance dan state (negara) adalah dua perkara berbeza. Isunya adalah governance, kepemerintahan. Negara yang paling maju di dunia, Amerika Syarikat pun adalah masalah kepemerintahan. Hillary Clinton boleh hantar emel negara melalui Yahoo. Jadi jika ada kenyataan seperti itu, kita perlu berhati-hati dalam buat perbandingan.

Saya katakan yang bermasalah bukan negara tetapi the nation (bangsa). Ada dua beza. Negara ini sudah wujud pada zaman kolonial, lepas itu merdeka dijadikan sebuah negara bebas. Bangsa tidak dapat dihuraikan kerana bagi Inggeris bangsa ini tidak penting. Engkau hendak jadi bangsa apa terpulang tetapi negara kolonial, ambil alih undang-undang negara kolonial kita simpan sampai sekarang, peraturan-peraturan, mahkamah, struktur mana ada beza. Banyak bersamaan. Akhirnya apa yang kita dapati ialah warisan kolonial masih lagi kuat dalam negara ini. Sabah, Sarawak samalah.

Apabila ada tindakan-tindakan begini bukannya mengenai negara itu gagal tetapi kepemerintahan. Anda tidak pernah dengar masa zaman Mahathir dan Anwar negara kehilangan RM32 bilion, tanya Lim Kit Siang. Lim Kit Siang ada tulis benda itu. Jadi, apa orang tidak heboh? Kenapa ia berterusan berlaku, bukan hanya sekarang. Sekarang ini sebab kita fokus, sebab kita ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang efisien, kita ada Institut Integriti, ini semua mana ada dulu. Jadi, kita ada ukuran-ukuran yang boleh membolehkan kita mendedahkan benda-benda ini. Macam suatu ketika, tahun 1960an kes rogol ini tidak ada (pendedahan) tapi tahun 1980an melambak-lambak sebab orang sudah mula melaporkan, sudah berani melaporkan, dulu malu. Pada saya, kita kena lihat perubahan-perubahan sistem ini, jangan kita terus meletakkan Malaysia sebagai fail state. Ini cara hendak menjatuhkan Malaysia, orang lain puji, kita pula yang hendak menjatuhkan sendiri. Ini tidak adil.

Memang kita ada kesilapan, kita ada kesalahan. Banyak perkara yang kita tidak betul, tetapi pada saya bila kita lihat ke dalam, kita kena lihat di keluar. Apa sangatlah yang menjadi masalah kita itu. Kita diberi kepercayaan, tidak bertanggungjawab tetapi bila kita dengar dia orang bercakap, tidak tinggal ayat al-Quran. Macam mana cerita? Pada saya itu sangat merisaukan saya. Lepas dua ayat, siap hadislah, tapi bila kita tengok rekod dia lain. Itu pun menjadi masalah jugak kepada saya. Keruntuhan negara bukan, keruntuhan pemimpin ke atau keruntuhan sistem kepemerintahan?

Kalau saya hendak kutip dan gali, pejabat agama itulah yang banyak masalah sekali, tapi orang tidak pernah bertanya. Orang tahu cop halal saja. Pada saya lain, ia (pejabat agama) halal tak jabatan itu. Penipuan, penyalahgunaan duit, tidak bagi pada orang yang sepatutnya terima, unit amanah, zakat. Saya kalau tengok laporan audit, itu yang saya tengok dahulu sebab ia patuh Syariah, yang paling lurus dan alim. Mengapa ada masalah jika diaudit?. Patut tidak ada masalah sebab ia mengaudit diri sendiri. Setiap hari solat lima kali tapi ia masalah masih berlaku. Pada saya kontradiksi ini menimbulkan kesukaran, apatah lagi pengendalian kewangan pilihan raya, lagi susah.

Mengapa Prof. berpendapat begitu?

Kita hendak percaya pada setiap wakil rakyat, setiap parti tetapi mereka hendak menang. Bila hendak menang mereka akan cari jalan untuk mendapatkan dana, menggunakan dana. Dalam dokumen yang kita keluarkan melalui Jawatankuasa Konsultatif Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) ini, soal lobi tidak ada, sedangkan itu yang paling penting bagi saya. Sebab apa? Lobi ini menceritakan saya naik teksi ketika saya kecil dulu. Di Kuala Pilah ada orang jual orang. Pemandu teksi tidak akan cari pelanggan, ada seorang lain yang berpusing cari pelanggan dan kemudian dia cari pemandu teksi. Setiap pelanggan dia jual 30 sen. Inilah melobi paling asas. Bila kita bincang seluruh negara, lobinya melibatkan berjuta-juta. Kalau anda pernah melihat satu siri mengenai Presiden AS, House of Cards, itulah filem pembiayaan politik yang terbaik bagi saya. Inilah yang kita kena faham. Lobi melobi, sektor-sektor yang dilobi.

Apa yang kita buat ini hanya sebagai satu peraturan kita main bola. Kita hendak yang terlibat dalam level playing field proses pemilihan wakil rakyat dan sebagainya supaya kuasa yang sedikit tetapi duit banyak, ada orang ahli banyak tapi duit sikit. Macam mana kita hendak selaraskan? Sebabnya yang kita tidak nampak, satunya lobi, yang lain kepentingan politiknya berbeza.

Kenapa lobi tidak dimasukkan dalam 32 cadangan yang dikemukakan?

Sebab kita tidak bincang. Kita tidak melaluinya. Di Malaysia mana lobinya yang kuat. Tidak ada. Tidak ada orang yang bekerja makan gaji dengan berlobi, tapi elaun ada, dapat honorarium, dapat kontrak. Syarikat yang kerjanya melobi tidak ada daftar di Malaysia. Kita tidak merasakan itu lagi. Jadi sebenarnya kita belum sampai ke peringkat lobi. Peringkat lobi itu sudah matang, maknanya apa yang boleh dibuat, tidak boleh dibuat, siapa yang hendak dijumpa. Lobi itu apa yang diatur, dari makan malam sehingga perempuan. Sini belum lagi, saya kiralah. Saya rasa kita akan melalui dan didewasakan oleh dokumen ini, bukan menjadi masalah.

Kita hanya sediakan satu peraturan, satu kerangka macam mana hendak main bola. Kalau main bola janganlah pegang bola, tiang gol jangan dialih-alih. Pada saya anak kunci pada dokumen ini ialah mengingatkan "lets play the game that everyone know the rules"

Tapi akta belum lagi, baru mencadangkan. Kita baru berada pada reaksi orang berfikir, bagaimana mahu melaksanakan 32 cadangan ini. Cadangan ini dulunya ada 50, banyak. Ini pun sudah dikurangkan kepada 32 tetapi cadangan ini tidak ada penghujung kerana ia akan bertukar dan cadangan baru akan timbul.

Ia boleh berubah. Macam lobi sekarang tidak ada. Bagaimana kita hendak kemukakan pasukan-pasukan melobi mendaftar untuk setiap parti. Sekarang ini ada satu parti politik tidak melobi, tapi bagaimana ia mendapat pembiayaan politik? Ia menjalankan tabika. Macam mana duit yang diperoleh daripada tabika hendak biayai politik, tidak masuk dalam dokumen ini. Pelajar saya buat penyelidikan mendapati yang paling banyak duit adalah tadika itu bukan sekolah pondok. Sekolah pondok kebanyakan bawa barang sendiri tapi tabika berkenaan dikenakan bayaran. Kita tidak pernah melihat tabika ada kaitan dan pembiayaan dana politik, tidak nampak. Ibu bapa mahu anak mendapat pendidikan agama yang bagus, baca al-Quran. Ibu bapa tidak fikir berapa harga sebulan, jadi tujuan orang yang hantar anak itu lain, tujuan yang mengutip itu lain. Inilah yang tidak dapat kita selam.

Kajian berterusan mengenai perkara ini perlu dilakukan untuk melihat proses perubahan. Peraturan ini dibekukan untuk keadaan ini sekarang. Tapi kita tahu selepas ini macam-macam yang akan mencabar dokumen ini, yang akan mendewasakan kandungan, pelaksanaan dan hendak cari hukuman macam mana, undang-undang yang perlu diperkuatkan lagi, hendak diubah.

Saya mahu menunggu perbahasan dalam Parlimen. Saya hendak dengar orang yang terlibat sendiri, orang yang kita hendak kawal berbincang. Apa yang akan mereka bincangkan, apa benda baru. Yang luar bersandiwara saya tidak hairan. Kalau mereka (ahli-ahli politik) setuju, fokus pemberita tidak banyak. Kalau mereka tidak bersetuju, fokus pemberita banyak. Jadi dia hendak millage dalam kewartawanan. The more millage, the better.  

Bagi Prof. ada parti politik yang bantah?

Orang UMNO akan bantah.  

Ada yang berpendapat dokumen ini tidak memihak kepada mana-mana parti pun. Boleh Prof. komen?

Dokumen ini tafsiran yang akan dicabar oleh orang UMNO, BN, pembangkang. Mereka mentafsir, contoh minimum sumbangan RM3,000 yang boleh ditafsir macam-macam. Kita dalam proses, macam isu persempadanan semula. Semua orang komplen, bukan pembangkang sahaja, parti kerajaan pun komplen. Tapi di Malaysia ini ada polarisasi dari segi pandangan - satu pembangkang, satu kerajaan. Tidak ada pandangan tengah, berkecuali tidak ada. Di Malaysia tidak ada peluang berkecuali. Anda cuma ada hitam atau putih. Inilah yang susah. Yang susah media kerana orang akan cop media tertentu sokong kerajaan atau pembangkang. Jadi, yang perlu dilakukan adalah menganalisanya.

Saya menulis tentang politik wang sejak dulu, saya dibesarkan dalam penyelidikan mengenai politik wang tapi dalam peringkat Bahagian UMNO pada tahun 1970an. Yang penting sekali ialah Dasar Ekonomi Baru yang membolehkan politik wang menjadi lebih besar. Di zaman Datuk Harun Idris dulu, disebabkan RM300,000, dia sudah dipenjarakan. Sekarang berbilion-bilion pun tidak masuk penjara. Inilah self discipline. Saya ingat orang marah kerana Datuk Harun berjasa buat rumah setinggan orang Melayu. Tun Hussein Onn kata, cara itu tidak boleh. Presiden kata tidak boleh. Ia juga berkait dengan ethos atau etika yang diguna dan dipakai oleh pemimpin dahulu.

Kenapa senario " self discipline " itu begitu cepat berubah?

Anda tentu pernah dengar konsep privatisation (penswastaan). Bila dalam bisnes kita kata ada unsur-unsur bisnes yang kita boleh buat. Tapi kita tidak boleh buat dalam kerajaan kerana kerajaan duit orang ramai, bisnes duit sendiri. Dulu tahun 1998, Anwar Ibrahim dengan reformasinya selalu menggunakan istilah kolusi, korupsi dan nepotisme seperti Soeharto. Apa itu kolusi? Maknanya orang itu bersekongkol. Tapi dalam bisnes joint -venture itu penting. Yang tidak boleh kalau pakai duit rakyat - kolusi namanya. Korupsi, give, giving bagi hadiah tapi kalau dengan hadiah itu saya kena bagi kontrak itu tidak jadi hadiah. Itu suapan. Nepotisme - kita meraikan kejayaan orang Cina dengan bisnes keluarganya tetapi kenapa kerajaan tidak boleh - kerana kita menggunakan duit rakyat.

 

Bila privatisation berlaku di Malaysia kerana orang Melayu hendak mendapatkan penglibatan dalam bisnes di bawah DEB, ia tidak boleh ambil bank, syarikat milik orang Cina, sebaliknya wujudkan dana yang besar supaya orang Melayu boleh ambil. Apa yang dibuat? Segala utiliti dijadikan bisnes, diswastakan. Penswastaan ini separuhnya kerajaan, separuh lagi nilai bisnes. Tapi dalam kerajaan kalau pilih keluarga salah, dalam bisnes tidak ada masalah. Jadi yang mana satu hendak pakai. Dalam penswastaan inilah yang berlaku.

Adakah kita perlu perbetulkan istilah penswastaan itu?

Kalau istilah betul tapi perlakuan sama pun buat apa. Yang pentingnya begini, bila buat penswastaan, kerajaan jadi pemegang saham dan beroperasi seperti syarikat biasa. Tapi kalau kerajaan menguasai 51 peratus, ia tidak menjadi syarikat biasa. Itu isunya, puncanya. Dalam dokumen ini disebut politik sahaja tetapi ruang perbincangan disempit untuk membolehkan sesuatu yang berguna dan bermakna terhasil. Kalau hendak bahas tidak habis, tidak siap.

Setakat ini apakah komen-komen yang diperoleh dalam kalangan ahli-ahli politik?

Apabila dokumen ini keluar orang politik akan tengok apa yang aku boleh untung daripada ini, apa yang akan membataskan kegiatan. Saya ingat lagi apabila Bersih komplen tentang reformasi pilihan raya, satu benda yang mereka tidak komplen, tidak sebut adalah duit kerana mereka terima duit daripada luar. Menariknya, mereka menentang orang, kawasan, calon terbaik semua mereka sebut kecuali duit kerana Bersih dapat duit tapi tidak timbulkan soal itu kerana duit mereka banyak. Bagi saya dalam Bersih ada juga keruh, bukan kotor. Pada saya itu menarik. Itu sebabnya dokumen ini bersejarah dan penting. Dalam kekalutan, kekeruhan masih ada rasional lagi untuk mencari sesuatu yang gelap.

Tapi realitinya Prof. adalah sukar sebenarnya untuk mengasingkan wang dan politik dan masih ada yang tidak mahu faham keperluan ini. Apa pendapat Prof?

Rakyat negara ini bukan tidak matang, tetapi tidak tahu. Ada yang ambil duit tapi tidak undi. Itu matang, tidak masalah. Mereka tidak tahu. Tidak tahu tidak semestinya tidak matang sebab kelakuan individu matang, rasional - "Anda bagi duit, saya ambil tetapi anda tidak tahu apa saya undi".

Ia terbukti di Kelantan. Bagaimana kawasan Tengku Razaleigh ada tiga ADUN Pas. Sebab orang Kelantan kata kalau Tengku Razaleigh pergi sana (Parlimen) dia jadi Menteri. Tiga ADUN Pas biar di sini, kita sudah buat kajian tentang ini. Pandangan mereka ialah orang Kelantan jadi menteri, sudahlah. Itu tidak payah duit pun, rasional dia. Tapi ada yang tidak tahu, yang tidak tahu inilah yang susah. Takkan hendak buat kursus. Berapa banyak duit, susah. Ilmu belum tentu dapat. Yang penting sekali ialah perkara-perkara seperti ini, mengenai Malaysia diajar di sekolah kita. Kita sebenarnya tidak tahu Malaysia, sudahlah tidak sampai ke Sabah dan Sarawak. Tidak tahu mana Baram, jadi Malaysia adalah orang paling lemah dalam kalangan orang Malaysia. Jadi macam mana kita hendak komplen orang tidak matang. Yang sebenarnya mereka tidak tahu.

Buktinya, kalau kita tanya mengenai sejarah Malaysia, langsung buta. Yang tahu Semenanjung sahaja. Orang Semenanjung tahu hal Semenanjung sahaja. Pasal Sawarak masih di awang-awangan sahaja sebab itu tidak tahu kenapa kita perlu buat pasport ke Sarawak dulu, sekarang kad pengenalan sahaja. Sedangkan di Amerika Syarikat kalau kita dari New York hendak ke California mana ada pasport. Benda-benda macam inilah yang saya rasa rakyat Malaysia di sekolah dilatih, seperti yang saya katakan dulu tentang Pengajian Malaysia. Mengajar kandungan Perlembagaan, maksud federalisme. Federalisme yang paling awal sekali ialah Negeri Sembilan sebab tidak mahu bersatu, panggil orang luar jadi Yamtuan. Itu federalism yang pertama pada tahun 1773. Amerika 1776, hebat lagi Negeri Sembilan.

Sebelum orang Amerika berfikir, orang Negeri Sembilan telah pergi ke Minangkabau cari raja. Mereka tidak mahu bergaduh. Tetapi Jelebu tetap Jelebu; Rembau tetap Rembau. Tapi orang tidak nampak ini tentang kehebatan, tentang pemikiran jauh orang Malaysia, lebih matang daripada yang diibaratkan.

Kemudian baru Federation Malaya tahun 1948, sebelum itu Johor bawa diri dia, Selangor, Kelantan bawa diri dia. Mana ada pernah bersatu. Bersatu pada tahun 1948 semasa Malaysia Aggrement. Itu pun sebab berperang dengan Jepun. Kalau tidak berperang, tidak bersatu. Federation itu yang menjadikan kita merdeka.

Federation of Malaysia perjanjian antara Federation of Malaya satu wilayah, Sarawak satu wilayah, Singapura satu wilayah. Apabila ada tiga, empat wilayah jadi Malaysia. Lain statusnya. Sampai sekarang orang Sabah, Sarawak melihat Malaysia, persepsinya ialah satu pasukan bola, boleh main sama. Itu bukan. Kalau boleh sama main, tidak perlu pasport. Kita berbeza cuma tidak ada orang yang mahu menimbulkan perbezaan. Satu lagi perkara tentang kalimah Allah. Sebenarnya pada tahun 1689 kitab Injil diterjemahkan dalam bahasa Indonesia. My Lorddigunakan istilah pada Allah  ketika itu. Buddist tidak ada, yang ada My Lord macam orang Kristian adalah orang Islam.

Di Semenanjung, Allah itu Islam sahaja yang punya, orang lain tidak boleh guna. Saya tidak setuju kerana isunya bukan isu agama tetapi isu sejarah. Tapi macam mana saya hendak bincang, nanti kena baling batu, susah. Awak bukan ustaz, bukan dari IKIM. Bila awak bukan, memang susah bagi saya. Tapi kalau kita kaji sejarah terbukti penggunaan kalimah itu. Kenapa ia datang ke sini? Kerana kita tidak ada pekerja. Hotel di sini pekerjanya dari Sabah dan Sarawak. Mereka Kristian, hendak pergi sembahyang mereka bawa kitab Injil. Di sini tidak boleh kitab Injil dalam dalam bahasa Melayu, di Sarawak boleh. Itulah mulalah timbul Allah dalam Injil. Ada faktor ekonomi dalam migrasi itu. Migrasi kalimah Allah Sabah dan Sarawak dari Indonesia, Kalimantan. Saya buat penyelidikan di Kalimantan Barat pada tahun 2001. Sebab itu saya komen mengenai isu ini ialah kita pentingkan sejarah bukan kita menidakkan tuhan. Itu bukan isunya. Sekarang banyak orang Sabah, Sarawak bertugas di Kuala Lumpur. Kalau kita hendak pergi masjid, mereka hendak pergi gereja.

Hendak ajar maknanya tiga lapis - sudah faham Perlembagaan, pilihan raya baru kita fikir bagaimana menang pakai duit. Kalau tidak pembiayaan politik tidak timbul. Pada saya yang penting sekali pilihan raya Malaysia ini sebenarnya tanpa demokrasi.

Kenapa begitu?

Bila diperkenalkan pilihan raya pada tahun 1950 di Kuala Lumpur, parti UMNO dicipta. MCA tahu tak Funeral dan Rotary Association, ia bukan parti politik. British wujudkan parti ini untuk bertanding di majlis bandaran Kuala Lumpur supaya ia tidak jadi macam di Indonesia. Di Indonesia tumpah darah. Di sini perkelahian akan berlaku jika tidak buat sesuatu. Jadi pilihan raya ialah you fight your differences in your ballot box, berlawan dalam peti undi. Pilihan raya untuk wujudkan keamanan dan berbaik-baik antara Melayu, Cina, India bukan untuk demokrasi. Istilah demokrasi macam mana hendak diperkenalkan kerana orang Malaysia masih buta huruf lagi. Demokrasi mesti kenal huruf supaya boleh buat perbandingan, keputusan apa yang hendak pilih. Saya ingat lagi tahun 1974 apabila BN tukar bendera kapal layar dengan dacing, ramai yang tidak mahu keluar mengundi. Yang keluar mengundi pula tertanya-tanya mana simbol kapal layar, salah seorang nenek saya.

Orang dulu faham UMNO itu kapal layar, tukar dengan dacing mereka keliru. Kefahaman demokrasi mereka adalah simbol imej sahaja, bukan seperti yang anda dan saya faham. Sejarah pilihan raya di Malaysia ini tidak pernah diiringi dengan demokrasi tetapi diringi keperluan birokrasi. Sebab itu dalam satu persidangan saya maklumkan Bersih tidak menimbulkan soal demokrasi. Bersih hanya birokrasi pilihan raya. Mereka mahu betul ke proses pilihan raya, pengundi sudah boleh mengundi atau tidak, tetapi tidak komen demokrasi, hanya anatomi mengenai pilihan raya, bukan demokrasi.

Sampai sekarang ada jurang perbincangan antara demokrasi dan pilihan raya. Ini elemen jelas yang mana demokrasi nombor dua, yang pertama teknik-teknik dalam proses. Saya tidak terperanjat jika ia jadi begitu kerana kita mendahulukan teknik sampai sekarang. Namakan saya satu negara kolonial yang memperkenalkan demokrasi? Mana ada. Kerajaan kolonial tidak pernah memperkenalkan demokrasi sebab itu mereka hendak eksploit. Pilihan raya mereka perkenalkan sebab ia adalah mekanisme. Ia memperkenalkan pilihan raya tahun 1955, sebelum merdeka. Pada saya sangat penting untuk melihat sejarah-sejarah ini.

Kita tidak terperangkap cuma dipengaruhi dengan keadaan yang berubah antara 2008, 2013. Sebenarnya perubahan berlaku pada tahun 1999 tetapi apabila (Tun) Abdullah Ahmad Badawi menang balik pada tahun 2004 dengan rekod sebab Dr. Mahathir sudah berhenti. Kalau beliau tidak berhenti, kalah. UMNO banyak kalah di Terengganu, Pahang. Semasa itulah (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu. Jadi, perubahan sudah mula, di situ celik demokrasi sudah bermula. Orang sudah faham, saya boleh mengundi, menggunakan hak saya sesuka hati. Sebelum itu tidak, mereka mengundi ikut kelompok, ikut saudara. Saya tanya penuntut universiti bagaimana mereka mengundi, masih ikut keluarga...sebab maklumatlah.

Tapi sekarang sudah ada perubahan, misalnya di Kelantan ada anak yang mengundi BN, bapa masih mengundi Pas. Ini disebabkan pendirian mereka, sebab itu sukar untuk meramalkan keputusan pilihan raya kerana ada 30 peratus Pas, 30 peratus UMNO, ada 40 peratus di Kuala Lumpur. Apakah undi mereka, adakah UMNO atau Pas, kita tidak tahu. Sebab semasa Anwar ceramah mereka datang tetapi apabila mengundi mereka tidak berada di Kuala Lumpur, balik kampung. Bila balik kampung kita tidak tahu apa mereka undi. Pengundi atas pagar lagi, itu timbul pengundi dalam bas. Timbul cerita-cerita yang menjadi ukuran parti-parti politik. Inilah timbul isu pembiayaan politik.

Jadi apabila sebut pembiayaan politik kita kena tengok macam mana jurang proses pilihan raya dengan fahaman tentang demokrasi. Sebab itu dalam dokumen ini tidak banyak hendak bincang political financing kerana kefahamannya dari demokrasi.Orang mesti bagi peluang yang sama. Tetapi dalam pilihan raya peluang tidak sama, siapa dulu, siapa pemerintah. Itu sebab istilah kerajaan ada dua - Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri. Kerajaan negeri mungkin lain partinya.

Dalam dokumen ini cadangkan setiap dana perlu dilaporkan kepada Pejabat Pengawal Sumbangan Politik dan Perbelanjaan, tidakkah ini menjejaskan kerahsiaan parti-parti politik?

Tujuan untuk ketelusan, tiada rahsia. Yang penting kita kena lihat pembinaan institusi dan peraturan. Mana hendak simpan duit, siapa yang menjaganya ...menginstitusikan pembiayaan politik. Itu kena dengan kekuatan dokumen ini, mencadangkan menginstitusikan. Selepas itu mencadangkan proses operasi, yang kedua penting. Kena bagi tahu masuk banyak mana, simpan banyak mana, siapa bagi. Isu yang disebut dalam dokumen semua dibuat orang. Banyak bantuan dari luar negeri. Kalau tidak bagaimana Arab Springs boleh berjaya, duit dari Amerika. Malaysia buat Arab Springs tak juga berjaya, jadi Arab Winter. Malaysikini mengaku terima duit, macam mana tu. Malaysiakini itu di atas pembiayaan politik ke? Macam mana hendak klasifikasikan mereka. Mereka tidak menyokong kerajaan, rata-rata pembangkang tetapi tidak kata parti mana. Jadi kita tidak boleh hendak tangkap, hendak kata parti A, B, C tapi tidak sebut. Jadi macam mana Malaysiakini kita hendak letakkan?

Saya rasa peraturan ini dari satu segi ada unsur perundangan yang kuat. Macam main bola, mana boleh pegang bola. Saya suka tengok Brazil, hendak pukul gol keeper tidak boleh, pukul pengadil tidak boleh. What do they do? They bend the ball, bola di pusingkan bola baru bola sepak ke tiang gol, yang lain tidak boleh bend, bola boleh. Hebatnya pemain Brazil kerana menyepak bola tidak lurus tetapi round belakang pemain, itu cara mengikut undang-undang dan pengadil tidak boleh marah.

Politik juga macam itu, tidak boleh melanggar undang-undang. Dalam keadaan sekarang ini peraturan yang dikeluarkan ini adalah membuatkan orang berfikir pada perkara yang sama, serentak seluruh negara. Itu yang penting. Reaksi lain-lain. Semua orang dapat dokumen yang sama, kalau hendak menentang, tentang pada sektor atau seksyen tertentu. Tetapi umumnya mereka tahu apa maksudnya dokumen ini. Mereka tidak boleh kata ada satu seksyen dalam jawatankuasa itu tidak bersetuju...semua dalam komuniti setuju. Dokumen ada dalam Online, orang tidak boleh kata tidak tahu. Tidak ada satu pun parti politik kata tidak tahu...tahu punya. Masakan tidak tahu...ada dalam Online cuma tidak setuju dan setuju adalah mengikut ukuran dan acuan politik masing-masing.

Prof setujukah jika ada yang berkata dokumen ini akan mendatangkan masalah kepada parti pembangkang?

Yalah tetapi parti pembangkang yang banyak timbulkan pembiayaan politik, tidak ketelusan kerajaan dan sebagainya. Apabila menteri melawat atas dasar skop kementerian dan berkempen. Ini yang timbul. Macam kes Sarawak, semua menteri pergi, macam mana kita hendak analisis. Takkanlah hendak bukak jalan, semua benda telah dibuka. Kita pun hairan, semua 18 kementerian ada. Tidak perlu jadi pembangkang, saya rakyat biasa pun melihat apa semua menteri ada, timbalan menteri pun ada. Tapi dokumen ini pun tidak meliputi perkara itu.

Anda perlu melihat dokumen ini seperti concentrated circle yang dalam kecil sahaja di luar besar. Itu yang berlaku sekarang. Katakan dokumen ini diguna pakai, boleh kita jangkakan perbelanjaan kerajaan juga tidak disalahgunakan dalam politik? Ini adalah concentrated yang dalam sekali, semua kena. Tetapi orang akan mula menyoal bagaimana kita hendak kategorikan apabila menteri lawat ke Sungai Besar, semua pergi. Maka timbul isu-isu outering. Itu caranya. Sebab itu kita tidak menjangkakan dokumen ini diterima sebelum PRU ke-14, mungkin pada pilihan raya ke-15. Ada realistik dokumen ini bukan memaksa.

Semua pemimpin akan terima dokumen ini?

Semuanya terima cuma tidak mahu pakainya kerana mereka baca, komen dan kata mereka tidak setuju. Maknanya mereka terima cuma tidak setuju. Itu caranya saya melihat parti politik di Malaysia ini. Mereka tidak akan kata tidak terima. Mereka kata tidak setuju.

Bahagian cadangan manakah yang menjadi halangan kepada mereka untuk bersetuju?

Hal duit, biasalah. Ini soal hendak masuk keluar duit. Takkan hendak bagi tahu orang bagi duit. Macam mendaftarkan orang minta sedekah. Macam itulah lebih kurang. Peminta sedekah politik, macam mana ni. Sedekah buruk sangat tetapi macam itulah. Begging for donationwalaupun they did not begging, people want to give without begging.

Pada pandangan saya, dokumen ini sudah dibaca dan diterima. Apa yang kita dengar pandangan yang berbeza dari bahagian yang berbeza. Itu yang paling jelas pada saya kerana bukan hanya parti pemerintah bersetuju, parti pembangkang tidak kata bersetuju tetapi ada perkara lain harus diperbaiki. Maknanya ada yang diterima. Mereka tidak boleh kata inilah adalah dokumen yang teruk. Cuma tafsirannya tidak menguntungkan pihak-pihak tertentu.

Kalau bahagian dana itu tidak dapat diterima oleh parti, bagaimana?

Ramai yang terlibat, kalau ada satu, dua tidak terima, ia tidak menjejaskan yang lain kerana kita tahu BN berapa parti dalamnya, pakatan, parti di luar pakatan. Kadang-kadang suara yang tidak berkuasa jadi lebih penting daripada yang berkuasa kerana yang berkuasa ini ada kepentingan jelas. Parti-parti lemah yang ada akan menyuarakan perkara-perkara ini dan yang lain akan rasa tercabar.Macam di Sarawak semua parti dalam BN, macam mana kita hendak buat. Kecuali DAP.

Pada saya di Sabah pula ada BN1 dan BN2. Saya tidak menggunakan parti politik sebenarnya kerana ianya satu haluan sahaja. Semuanya bekas pemimpin UMNO atau BN. Mereka masuk satu sekolah, namanya sekolah BN, keluar dapat degree, buat parti baru. Kelakuan macam BN. Kalau anda tengok Mahathir ke, Mukhriz ke, Anwar, Najib, Shafie Apdal. UMNO bukan satu polittik sahaja, UMNO satu pergerakan. Parti politik itu didaftarkan tetapi sudah jadi pergerakan. UMNO ori mati pada tahun 1988, Mahathir buat parti UMNO nombor dua, selepas itu Tengku Razaleigh keluar buat UMNO nombor tiga, namanya Semangat 46, hilang semangat balik UMNO. Selepas itu, Anwar buat PKR, UMNO juga dalam tu. - MalaysiaGazette

Selanjutnya........